fbpx

Keldai dadah bawa kokain dalam badan ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR 14 Oktober 2022 menunjukkan doktor melihat foto sinar-X memaparkan peket-peket kokain di dalam usus seorang keldai dadah di Cayenne. -- AFP

CAYENNE, Guiana Perancis – Lebih satu per enam kokain yang digunakan di Perancis diseludup di dalam tubuh keldai dadah yang datang dari rantau Guiana di Amerika Selatan termasuk negara Guiana, Suriname dan Guiana Perancis.

Wanita termasuk ibu mengandung, malah kanak-kanak juga sanggup merisikokan nyawa mereka demi habuan beberapa ribu euro dengan menelan paket dadah itu atau menyembunyikannya dalam rongga tubuh mereka.

“Saya tiada pilihan lain. Saya perlukan wang,” kata Tonio, 27, yang dibebani hutang dan tidak mempunyai pekerjaan. Dia menaiki penerbangan ke Paris bersama 800 gram kokain di dalam perut dan kasutnya.

Selepas melepasi saringan di lapangan terbang, Tonio ditangkap di sebuah stesen kereta api dan berakhir di dalam penjara.

Kira-kira 30 keldai dadah sepertinya menaiki setiap penerbangan dari ibu kota Guiana Perancis, Cayenne menuju ke Perancis, demikian menurut pihak berkuasa.

Pengedar dadah memenuhi jadual penerbangan itu dengan keldai dadah berikutan mereka mendapat keuntungan 1,000 peratus daripada kokain yang berjaya dibawa masuk.

Satu kilogram kokain yang berharga €‎4,500 (RM21,065) di Guiana Perancis atau €3,500 (RM16,383) di negara jirannya, Suriname, boleh dijual kepada pengedar-pengedar di Perancis pada harga €35,000 (RM163,838). Mereka kemudian memotongnya dan menjualnya kepada penagih pada harga tiga kali ganda lebih tinggi.

Seorang keldai dadah menerima habuan antara €3,000(14,043) hingga €10,000 (RM46,811) untuk satu perjalanan, bergantung kepada jumlah dadah yang dibawa.

Pada 2021 polis Guiana Perancis menahan seramai 512 keldai dadah dan merampas kokain seberat 1.26 tan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN