fbpx

[VIDEO] Penuh Stadium Bukit Jalil sambut Jay Chou

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para peminat penyanyi Taiwan, Jay Chou yang membanjiri Stadium Bukit Jalil.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia terpegun melihat kehadiran ramai peminat di konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou di Stadium Bukit Jalil baru-baru ini.

Pertikaian yang muncul akibat pemasangan pentas konsert sehingga ada pihak yang meminta ia dibatalkan terbukti satu kesilapan yang tidak wajar dilakukan apabila stadium berkenaan ternyata dipenuhi oleh peminat penyanyi berkenaan.

Perkongsian video berdurasi 14 saat itu mengundang pelbagai reaksi dan rata-rata netizen di Twitter menyifatkan jumlah peminat yang datang adalah lebih ramai berbanding konsert penyanyi barat, Billie Elish sebelum ini.

“Buat mereka yang masih tidak mengenali Jay Chou dan mempertikaikan popularitinya, maka ini adalah bukti buat kalian,” komen seorang pengguna, @hwyy25.

“Kalau pihak stadium mengadakan konsert seperti ini, memang berbaloi sangat,” tulis @ IdzhamAzizan.

“Billie juga pernah mengadakan persembahan di sini sebelum ini. Tetapi, mengapa perbezaan kedatangan peminat jauh berbeza,” ciap @AppleDom_.

Seorang pengguna, @Naxarins berkata, selebriti tersebut sudah lama terkenal dan diikuti oleh ramai peminat kelahiran 80an dan keatas sejak tahun 2000 dulu dan berbeza dengan Billie yang kurang dikenali.

Hantaran video yang dimuat naik oleh @choiyuuz itu telah meraih sebanyak 211,000 jumlah tontonan dan 744 ciap semula setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI