fbpx

Jambatan Kampung Brooke Lama tunggu masa untuk ‘rebah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rian (kanan) menunjukkan keadaan jambatan gantung yang semakin uzur di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Sebuah jamba­tan gantung yang digunakan kira-kira 500 penduduk Orang Asli di Kampung Brooke Lama, Pos Brooke di sini, hanya menunggu masa untuk ‘rebah’ ke dalam Sungai Belatop apabila kemudahan berusia 15 tahun itu sudah semakin uzur.

Penduduk kini terpaksa bergadai nyawa setiap hari melalui jambatan itu dengan me­nunggang motosikal untuk ke kampung berhampiran selain menghantar anak ke sekolah dan mengambil hasil tanaman.

Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, jambatan gantung itu dibina selepas banjir pada 2008 apabila jamba­tan asal telah runtuh.

Katanya, jambatan itu satu-satunya laluan penduduk yang digunakan setiap hari sehingga keadaan strukturnya semakin uzur.

“Jambatan ini kini hanya boleh dilalui dengan menunggang motosikal atau berjalan kaki,” katanya.

Rian berkata, dia pernah membuat permohonan untuk menaik taraf jambatan gantung itu kepada pihak berkuasa, namun sehingga kini belum mene­rima sebarang jawapan.

“Kami tidak kisah sama ada jambatan konkrit atau besi baharu dibina bagi menggantikan jambatan gantung itu, asalkan ia lebih selamat untuk digunakan penduduk kampung,” ujarnya.

Seorang lagi penduduk, Along Ronggeng, 59, juga berharap jambatan terbabit dapat dinaik taraf kerana sudah terlalu uzur untuk digunakan.

Katanya, keadaan pagar jambatan dan lantai besi juga sudah banyak berlaku kerosakan.

“Kami risau untuk melalui jambatan tersebut terutamanya pada awal pagi ketika menghantar anak-anak ke sekolah.

“Kami harap pihak kerajaan dapat mengatasi masalah ini dengan membina sebuah jambatan yang kukuh buat penduduk Orang Asli di kampung ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI