fbpx

Guna bonus untuk raya atau belanja sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI,
WARTAWAN EKSEKUTIF

RAMAI penjawat awam ketika ini sedang menghitung tarikh 17 Januari kerana masing-masing menunggu ‘hadiah’ daripada kerajaan setelah memerah ke­ringat melaksanakan tanggungjawab sepanjang tahun lalu.

Walaupun ia tidak sebanyak bonus yang diperolehi oleh kakitangan swasta terutamanya syarikat besar yang menawarkan lebih sebulan gaji, tetapi bagi penjawat awam ini antara ‘momen’ yang akan mereka tunggu setiap tahun.

Pelbagai ‘rancangan’ telah diatur dengan pemberian khas tersebut ada yang ingin melancong, memberi hadiah istimewa kepada insan tersayang ataupun untuk kegunaan peribadi terutamanya yang masih bujang.

Bagaimanapun, bagi yang sudah berkeluarga pula, ‘rancangan’ itu terpaksa dilupakan buat sementara kerana mungkin bonus tersebut adalah talian hayat untuk persiapan hari raya ataupun untuk kegunaan sesi persekolahan akan datang.

Ini kerana, 1 Ramdan dan sesi persekolahan 2023 hampir serentak dan semestinya sebagai ibu bapa banyak ‘modal’ yang akan dikeluarkan untuk persiapan kedua-dua tarikh penting tersebut.

Mungkin ramai yang pening sama ada mahu gunakan wang tersebut untuk persiapan sekolah atau persiapan hari raya. Bagi penulis, apa yang penulis amalkan adalah berbelanja mengikut keutamaaan iaitu ke­perluan bukan kehendak

Sebagai contoh, jika pakaian sekolah anak-anak masih lagi baharu dan boleh dipakai untuk ke sekolah, gunakanlah dan tidak perlu membeli yang baharu.

Namun, jika pakaian itu telah lusuh, comot atau nampak buruk belilah yang baharu supaya anak-anak selesa ke sekolah dan mereka dapat menimba ilmu dengan penuh semangat.

Jika ada lebihan selepas pembelian itu, bolehlah gunakan untuk membeli kelengkapan raya. Penulis faham kedua-duanya penting, tetapi pentingkanlah yang lebih utama dahulu.

Tepuk dada, tanya iman, bukan tanya ‘selera’ atau ‘nafsu’.

Penulis juga tertarik dengan perkongsian oleh pegawai perubatan swasta, Dr. Ahmad Samhan sebelum ini yang memaklumkan bahawa bagi memudahkan kita menguruskan kewangan, adalah penting untuk mengenal pasti antara keperluan dan kehendak.

Jelas beliau, keperluan atau (needs) adalah perbelanjaan yang wajib ada supaya kita dapat menjalankan kehidupan setiap hari dan bekerja.

“Boleh kata juga, ini adalah perbelanjaan berulang yang selalunya, tidak menggunakan sejumlah besar gaji bulanan seperti contoh ansuran rumah, sewa rumah, atau bayar kereta.

“Kehendak pula, adalah per­belanjaan yang bantu jadikan hidup lebih selesa, puaskan hati dan jika tiada pun ia tidak menjejaskan kehidupan seharian kita. Tetapi, anda boleh nikmati hidup yang baik kalau ada.

“Sebagai contoh, makanan adalah keperluan tapi kalau hari-hari nak makan di Me’nate itu kehendak,” ujarnya.

Apa yang penting adalah dalam keseronokan kita berbelanja dan bersiap untuk sesi pembukaan sekolah dan persiapan hari raya, jangan dilupakan tabung kecemasan pada kemudian hari.

Seeloknya, duit gaji yang bonus kita dapat itu ‘simpanlah’ sedikit untuk tabung kecemasan dan bukannya dihabiskan semuanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI