fbpx

Apa salah nama Syamsul dan Zahid?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syamsul dan Ahmaf Zahid.

TAHUN lalu nama Syamsul Yusof begitu megah diperkatakan apabila filem arahannya Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan menjadi fenomena dan bualan segenap masyarakat terutama di kalangan penonton Melayu.

Filem yang cuma menelan belanja RM8 juta itu dikatakan berjaya meraih kutipan hampir RM100 juga sekali gus memecah rekod baharu tayangan filem-filem pecah panggung di negara ini.

Mewarisi ‘sentuhan emas’ bapanya Datuk Yusof Haslam, Syamsul ternyata berjaya mengubah persepsi ramai terhadap filem tempatan yang mampu diihat setanding karya antarabangsa.

Ketika itu, beliau menerima sanjungan melangit tinggi. Beliau dilihat sebagai anak muda yang berani untuk bersaing bagi membuktikan bahawa filem hasil tangan pengarah tempatan juga mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan filem-filem luar.

Namun, menjelang beberapa hari kita melangkah ke tahun baharu, nama Syamsul menjunam jatuh. Pengakuan jujurnya mengenai pernikahan dengan Ira Kazar menukar segala-galanya.

Keadaan itu sehingga menjadikan nama Syamsul menjadi ‘top trending’ di Twitter. Mak cik-mak cik bawang bagaikan membentuk kesatuan membuat serangan habis-habisan kepada pasangan berkenaan.

Usahkan nama Syamsul, sebut ‘Sol’ pun sudah menjadi satu kesalahan kepada mak cik bawang ini. Ketika itu, pak cik bawang pun tak boleh berkata apa lagi. Kata mereka; “Kami nak ‘back up’ tapi tidak berani.”

Mujur Syamsul kekal tenang. Kita yakin, semangat Mat Kilau beliau masih ada kerana calang-calang orang, boleh lari masuk gua bertapa 40 purnama!

Saya teringat pula ceramah Ustaz Wan Hizam mengenai kahwin dua ini. Katanya, ada tiga tips untuk kahwin lebih daripada satu. Pertama mesti lulus tidur dengan anak ayam, kedua bersedia untuk jadi seperti anak tangga dan ketiga, boleh turun dari rumah tanpa pijak anak tangga.

Dalam makna yang diberikan. Penulis pun susah nak jelaskan di ruangan sempit ini, tetapi kalau nak tahu lanjut carilah video beliau mengenai isu kahwin dua, tiga ini. Moga faham dan kita semua bermuhasabah dengan diri masing-masing.

Reda sikit isu Syamsul, minggu ini ‘top trending’ tiba-tiba nama UMNO pula mengambil tempat. Bukan kerana Persidangan Agung UMNO yang diperkatakan tetapi ketetapan perwakilan untuk tidak mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden parti.

Rentetan itu, nama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pastinya menjadi sasaran. Bermacam-macam serangan, kritikan dan tuduhan ditujukan kepada beliau, khususnya dikaitkan dengan keengganan membuka ‘gelanggang persilatan’ bagi memilih jaguh baharu untuk menerajui tampuk kepimpinan parti.

Apa pun yang diperkatakan, penulis percaya Syamsul dan Zahid mempunyai naratif tersendiri dalam membuat keputusan dan menyatakan pendirian. Umpama keindahan bulan purnama, hadirnya tidak sekelip mata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI