fbpx

10 gerai diroboh, peniaga terpaksa berpindah ke lokasi baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib ketika memantau kerja-kerja meroboh serta membersihkan kedai di tepi jalan Sungai Layang hari ini.

REMBAU – Setelah hampir setahun berbincang, 10 peniaga di Sungai Layang di sini akhirnya bersetuju untuk berpindah ke kios baharu yang disediakan Majlis Daerah Rembau dengan kadar sama iaitu RM30 sebulan.

Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau (MDR) merangkap Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Najib Mustaf berkata, sembilan peniaga sudah pun berpindah lebih awal, manakala seorang lagi telah berpindah semalam sebelum kerja-kerja meroboh dan pembersihan dilaksanakan.

Menurutnya, dari jumlah tersebut, tujuh peniaga bersetuju untuk bepindah ke kiosk baharu yang terletak juga di lokasi yang sama, manakala tiga lagi peniaga berniaga di lokasi gerai MDR yang lain.

“Tindakan meroboh serta membersihkan kedai lama ini harus diambil memandangkan projek pembangunan terbaru di daerah ini iaitu Taman Seraya Rembau akan disediakan kemudahan persimpangan jalan lampu isyarat.

“Persimpangan ini akan dinaik taraf dari dua lorong kepada lima lorong dan secara tak langsung melibatkan gerai-gerai sedia ada di tepi jalan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kios Sungai Layang, di sini hari ini.

Ujar Mohamad Najib lagi, MDR telah mengadakan perjumpaan dengan semua peniaga terlibat pada 13 April lalu bersama Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Taufek Abd Ghani di Dewan Orang Ramai Chengkau bagi mencapai kata sepakat di mana majoritinya bersetuju.

Malah menurut beliau, bagi membantu peniaga yang kurang berkemampuan, MDR telah mendapatkan kerjasama daripada jabatan lain seperti Baitulmal, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Daerah dan Tanah Rembau (Bahagian Perumahan) dan Bahagian Perumahan SUKNS untuk sama-sama membantu peniaga di dalam proses perpindahan ke kiosk yang baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI