fbpx

[VIDEO] Wanita mohon kesan pemandu Perodua Axia langgar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan cermin sisi kereta yang rosak teruk akibat dirempuh

PETALING JAYA – Wanita meminta bantuan orang awam yang memiliki maklumat berkenaan kes langgar lari di Lebuh Raya Persekutuan untuk tampil membantu mengesan pemandu Perodua Axia yang merempuhnya.

Menurut perkongsian dimuat naik oleh Shannon Lee di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran laluan keluar kawasan bebas di lebuh raya berkenaan.

“Insiden langgar lari yang berlaku pada jam 1:33 pagi tadi melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipercayai akibat pemandu berlumba dan menukar lorong sekali gus menyebabkan cermin sisi kereta mengalami kerosakan teruk.

“Malangnya, saya tidak sempat melihat nombor plat kenderaan tersebut. Jika ada sesiapa berada di lokasi kejadian ketika itu dan mencari Proton Saga berwarna perak, sila hubungi saya,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Di ruangan komen, hantaran video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

“Axia, adik kepada King (Myvi) buat hal lagi. Sila buat laporan polis segera dan semoga ada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya dapat menangkap nombor plat kereta tersebut,” komen pengguna, Luminary My.

“Sayang betul tidak dapat nombor plat kenderaan itu. Jika tidak, pasti boleh membuat laporan polis dengan alasan langgar lari dan memandu dengan laju,” tulis John Son pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI