fbpx

Hujan berterusan di timur, barat Semenanjung bermula Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca signifikan bermula khamis ini sehingga 23 Januari depan melibatkan kawasan di timur Semenanjung dan berpotensi menghasilkan ribut petir serta hujan berpanjangan di kawasan terlibat.

Sementara itu, MetMalaysia dalam laporannya memaklumkan, ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang juga dijangka melanda kawasan pedalaman dan barat Semenanjung serta bahagian barat Sabah pada sebelah petang dan awal malam.

Dalam pada itu, MetMalaysia juga telah mengemaskini Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi perairan Laut China Selatan yang berkuat kuasa bermula esok sehingga 23 Januari ini.

Terdahulu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan utara Condore dengan kelajuan sehingga 60 Kilometer sejam dan ketinggian ombak mencapai sehingga 4.5 meter (kategori ketiga).

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk informasi terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI