fbpx

Subkontraktor TM antara ditahan curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily menunjukkan barangan rampasan kabel milik Telekom Malaysia yang dicuri ketika sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Polis menahan seorang subkontraktor Telekom Malaysia (TM) serta 13 pekerjanya selepas dipercayai terlibat dengan sindiket curi kabel milik syarikat tersebut di Pulau Pinang dan Kedah.

Selain itu, lima lagi suspek termasuk seorang wanita yang merupakan pembeli kabel curi turut ditahan di sekitar Sungai Petani di Kedah dan menjadikan jumlah kesemua tangkapan adalah seramai 19 orang.

Difahamkan, setiap satu kilogram tembaga di dalam kabel berkenaan dijual pada harga RM30 dan anggaran kerugian yang dialami syarikat berkenaan akibat kes kecurian kabel yang didalangi sindiket itu adalah kira-kira RM910,448.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, 11 daripada suspek termasuk subkontraktor itu ditahan pada 10 Januari lalu, kira-kira 2.40 pagi di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tanjung Bungah Park.

“Beberapa hari sebelum itu, pihak syarikat menerima aduan mengenai gangguan bekalan Internet di kawasan berkenaan dan semasa tangkapan dibuat, kesemua suspek sedang memotong dan mengeluarkan kabel bawah tanah, mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen yang sah ketika itu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, modus operandi kumpulan itu adalah mencuri kabel bawah tanah melalui ‘man hole’ dengan menyamar sedang membuat tugas selenggara kabel TM untuk mengaburi pihak berkuasa.

“Kesemua individu yang ditahan berusia 27 hingga 47 tahun dan berasal dari Kedah, manakala kabel-kabel yang dicuri akan dibawa ke tapak pelupusan di Sungai Petani dan Kuala Ketil, Kedah menggunakan lori,” katanya.

Tambahnya, ujian air kencing yang dijalankan mendapati tujuh daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan semakan rekod jenayah mendapati 14 individu mempunyai antara dua hingga 12 rekod jenayah lampau.

Tambahnya, dengan penangkapan suspek-suspek itu, pihak polis percaya telah berjaya menyelesaikan 27 kes curi kabel di mana 17 kes adalah daripada Kontinjen Pulau Pinang manakala 10 kes lagi adalah di Kedah dengan nilai kerugian berjumlah RM910,448. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI