fbpx

Perpaduan kaum antara inti pati program permukiman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming (kanan) dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid tadi. FOTO FAISOL MUSTAPA

PUTRAJAYA – Perpaduan kaum dan keharmonian masyarakat merupakan antara inti pati yang digariskan menerusi program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana di sini semalam.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, perpaduan kaum juga merupakan antara elemen yang wajib dibela oleh semua pihak.

“Amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa (program) pemukiman (semalam) dimana perpaduan masyarakat berbilang kaum dan keharmonian masyarakat berbilang budaya adalah wajib dibela oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya mengenai antara inti pati daripada program pemukiman yang dihadiri oleh Anwar bersama 27 anggota Jemaah Menteri dan 10 pegawai kanan kerajaan.

Kor Ming berkata, setiap kementerian telah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) masing-masing untuk dicapai dalam tempoh 100 hari.

Katanya, bagi KPKT, sebanyak tujuh KPI yang diumumkan sebelum ini sedang giat dilaksanakan termasuk membersih dan menutup sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan sampah haram.

Terdahulu, ahli Parlimen Teluk Intan itu dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau kemudiannya turut mengambil tabik hormat dan melakukan pemeriksaan kawalan kehormat daripapda dua pegawai dan 99 anggota lain-lain pangkat di pekarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI