fbpx

Orang Asli pengsan akibat demam panas naik helikopter ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizal yang sakit akibat demam panas dibawa ke Hospital Gua Musang dengan menaiki helikopter Unit Udara JBPM semalam. FOTO IHSAN UNIT UDARA JBPM

GUA MUSANG – Seorang lelaki Orang Asli di Pos Balar di sini yang pengsan akibat demam panas dibawa untuk rawatan ke Hospital Gua Musang menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam.

Rizal Aga, 28, dilaporkan menggigil, muntah sehingga badannya lemah dan tidak bermaya sejak tiga hari lalu.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd. Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pesakit itu dilaporkan  stabil selepas menerima rawatan di hospital.

Katanya, pihaknya berlepas dari Pangkalan Wilayah Tengah Subang pada pukul 9.40 pagi selepas menerima maklumat daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Kami tiba dengan pesawat Mi-17-IV di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang pada pukul 10.55 pagi untuk mengambil dua jururawat sebelum tiba di Pos Balar kira-kira pukul 11.20 pagi.

“Sebaik sahaja mendarat di Pos Balar, pesakit yang tidak dapat berjalan sudah bersedia di rumah terus diangkat menggunakan pengusung untuk menaiki helikopter. Helikopter tiba di padang Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang kira-kira pukul 11.45 pagi sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hasrizal berkata, pesakit yang tidak sedarkan diri itu turut diiringi bapanya, Aga Along, 51.

Katanya, semua anggota dan jururawat memakai pakaian perlindungan diri (PPE) semasa menjalankan operasi pemindahan perubatan (Medevac) berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI