fbpx

EPL: Pep Guardiola kibar ‘bendera putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH yang masuk sebagai pemain gantian berjaya meledak gol pembukaan buat City, namun mereka tewas 1-2 kepada United kelmarin. – AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola seakan sudah menyerah kalah apabila mengakui skuad kendaliannya tidak akan memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kenyataan itu hadir selepas The Citizens mencatat kekalahan ketiga EPL musim ini selepas diaibkan musuh setempat mereka, Manchester United 1-2 kelmarin sekali gus menjadi kekalahan kedua berturut-turut selepas disingkirkan oleh Southampton pada aksi Piala Liga Inggeris (EFL) Khamis lalu.

Pada aksi berkenaan, Jack Grealish berjaya memecahkan kebuntuan, namun mereka gagal mengekang kebangkitan United yang meledak dua gol menerusi Bruno Fernandes dan Marcus Rashford.

“Kami bermain dengan baik. Mereka sangat mengagumkan terutama dalam aspek meng­ubah transisi permainan. Mereka berjaya melakukan banyak la­rian di belakang pemain kami.

“Saya tidak peduli lagi me­ngenai EPL atau EFL kerana kami tidak akan memenanginya,” jelasnya.

Mengulas mengenai gol kontroversi dijaringkan oleh Fernandes, Guardiola mengakui bahawa jaringan berkenaan sepatutnya dibatalkan kerana Rashford terlibat secara langsung dalam situasi berkenaan ketika dia berada di kedudukan ofsaid.

“Rashford dalam kedudukan ofsaid. Dia mengganggu penjaga gol dan pemain pertahanan kami dalam situasi itu.

“Separuh masa kedua kami bermain dengan baik, kami terlepas beberapa peluang terbaik, namun masih lagi memberikan aksi yang menakjubkan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN