fbpx

Lee Tuck kini fokus bantu KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUCK berjaya memberikan aksi terbaik sepanjang bersama skuad Harimau Malaya pada aksi Piala AFF lalu.

PEMAIN naturalisasi negara, Lee Tuck kini berharap dapat membuktikan keupayaan dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) bersama Kedah Darul Aman (KDA FC) sebelum memikirkan potensi untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang.

Sebagai rekod, Tuck yang diberikan kerakyatan Malaysia pada tahun lalu telah dipanggil menyertai skuad kebangsaan buat kali pertama oleh pengendali, Kim Pan-gon pada kempen Piala AFF 2022 yang lepas.

Pemain kelahiran England berusia 35 tahun itu mengakui pengalaman bersama pasukan negara bermain di pentas antarabangsa adalah sesuatu yang sukar untuk dilupakan.

Kata Tuck, harapannya selepas ini sudah tentu untuk te­rus diserap menjadi sebahagian daripada skuad utama Harimau Malaya yang akan membuat persiapan sebelum mengharungi kempen Piala Asia 2023 nanti.

“Saya tidak mahu terlalu berpuas hati sebaliknya impian saya selepas ini adalah untuk mendapat tempat dalam pasukan KDA FC dan membuktikan terlebih dahulu keupayaan sebenar.

“Kemudian, sudah tentu menjadi harapan saya untuk dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan kerana untuk bermain di peringkat antarabangsa bersama barisan pemain dan jurulatih terbaik adalah idaman semua orang.

“Apa yang pasti, sepanjang lebih 45 hari yang saya lalui bersama pasukan kebangsaan untuk mengharungi kempen Piala AFF 2022 adalah pengalaman yang hebat yang sukar untuk dilupakan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Misi skuad negara untuk menjulang trofi Piala AFF 2022 tidak kesampaian selepas terkandas di peringkat separuh akhir apabila tewas 1-3 kepada Thailand secara agregat pada Selasa lepas.

Tuck yang pernah ­mewakili pasukan Negeri Sembilan (NSFC), Terengganu (TFC) dan Sri Pahang berjaya menjaringkan dua gol bersama skuad negara pada aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI