fbpx

ABM sedia pikul tanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GANDINGAN Aaron dan Wooi Yik mempamerkan aksi di bawah standard sebenar apabila tersingkir di pusingan awal Terbuka Malaysia.

AKADEMI Badminton Malaysia (ABM) mengambil tanggungjawab ekoran aksi mengecewakan sebahagian pemain negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang berakhir semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ABM, Michelle Chai menjelaskan, pihaknya sentiasa mengambil tanggungjawab setiap kali pemain-pemain kebangsaan gagal menampilkan aksi terbaik dalam kejohanan yang disertai.

Kenyataan tersebut sekali gus menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan pengurusan badan induk badminton negara itu kerap mengambil kredit atas kejayaan pemain dan tidak bertanggungjawab sekiranya gagal mencatat keputusan positif.

“Sudah tentu saya ambil tanggungjawab atas keputusan ini.

“Apabila pemain gagal menampilkan aksi diharapkan, kami sebagai pengurusan perlu ambil tanggungjawab. Kredit diberikan kepada mereka (pemain) sekiranya mencatat keputusan memberangsangkan,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Axiata Arena semalam.

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dikecam hebat apabila beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi satu-satunya wakil pasukan kebangsaan yang melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Dalam pada itu, beliau juga meluahkan rasa kecewa dengan aksi ditampilkan Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Pearly Tan-M. Thinaah yang langsung tidak menggambarkan mereka adalah juara dunia dan pemenang Terbuka Perancis apabila tersingkir di pusingan awal.

“Saya kecewa bukan disebabkan keputusan mereka, tetapi kerana tidak tunjukkan tahap sebenar, terutamanya Aaron-Wooi Yik sebagai juara dunia. Jika mahu cakap mengenai tekanan, itu sebenarnya perkara biasa apabila bergelar juara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI