fbpx

Dikejarkan ke hospital, Ibnor Riza masih dalam pemantauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Ibnor Riza kini semakin baik selepas dimasukkan ke hospital semalam.

PETALING JAYA – Penyanyi popular era 1980-an, Ibnor Riza yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam selepas mengalami sakit kepala dan muntah berlarutan kini masih dalam pemantauan.

Katanya, doktor menyatakan keadaan tersebut berlaku disebabkan tekanan darah terlalu rendah sehingga mencetuskan gejala yang membuatkannya nyaris pitam.

“Semalam memang tahap kesihatan saya agak menurun kerana mengalami batuk berdarah selain sakit kepala dan muntah.

“Apabila dirujuk ke pakar, doktor kesan tekanan darah saya turun ke bacaan 56. Hari ini keadaan saya bertambah baik, tekanan darah pun sudah naik ke angka 74.

“Cuma doktor nasihatkan rehat dahulu di sini (hospital). Kiranya saya masih perlu berada dalam pemantauan lagi,” katanya kepada Kosmo! Online

Menurut penyanyi berusia 62 tahun itu, kali pertama dia dimasukkan ke hospital sekitar enam tahun lalu sekembali dari mengerjakan umrah.

Tiga bulan lalu, Ibnor disahkan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, migrain dan tahap kolesterol kritikal selain mengalami bengkak leher serta hilang suara.

Penyanyi lagu hit Mimpi Yang Tak Sudah itu sepatutnya menjalani pembedahan membuang nanah pada leher, tetapi terpaksa ditunda berikutan kadar gula dalam darah yang tinggi.

Sejak disahkan menderita pelbagai penyakit, Ibnor perlu menjalani rawatan malah tiada punca pendapatan berikutan keadaan kesihatannya serta kehilangan suara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI