fbpx

Luahan Pembaca: Apa nasib skuad bola tampar wanita Melaka?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAKAMAN video yang tular menunjukkan jurulatih menampar seorang pemainnya baru-baru ini.

Saudara Pengarang,

Jurulatih bagi setiap sukan memang sukar untuk dicari berbanding pemain. Bijak pandai mengatakan sesiapa yang dilatih oleh orang yang betul pasti akan menjadi.

Baru-baru ini, skuad bola tampar wanita Melaka terpalit dengan kontroversi pemainnya ditampar oleh jurulatih selepas melihat pasukannya ketinggalan sedangkan mereka boleh menang.

Jika ditonton pada video yang tersebar, kita dapat lihat jurulatih itu bukanlah memberi penampar tetapi ia dipanggil wake-up call supaya pemain bangkit daripada lena.

Ia disebabkan dalam permainan bola tampar, pemain akan dipanggil ‘tidur’ sekiranya tidak peka dengan permainan atau terkena spike oleh pihak lawan.

Pemain sendiri mengaku bahawa jurulatih tersebut telah bertungkus lumus dari segi tenaga, masa dan wang untuk membawa pasukan mereka mara ke peringkat lebih tinggi.

Kerana jurulatih itulah, anak-anak dapat merasa bermain dengan pasukan handal dan mengetahui bagaimana lelahnya menjalani latihan demi sebuah kemanisan kemenangan.

Si bapa dan pelajar yang terkena wake up call itu tidak pula beriya mahu mengambil tindakan tetapi netizen pula yang berlebih-lebih sehingga mendorong kerajaan dan persatuan mengambil tindakan.

Inilah masalahnya apabila terlalu hendak menunjuk pandai kepada perkara yang kita tak tahu langsung hujung pangkalnya. Apa yang terjadi depan mata, itulah yang dijadikan hujah untuk dijadikan modal mengutuk.

Seperti yang berlaku dalam kisah pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir yang diceritakan di dalam Surah al-Kahfi.

Semestinya terdapat yang tersirat di samping tersurat. Nasi sudah menjadi bubur dan diharap pasukan bola tampar itu berjaya mencari jurulatih yang sama taraf atau lebih lagi untuk membawa mereka ke persada kejayaan.

JURULATIH LETIH
Banda Hilir, Melaka

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI