fbpx

Kerajaan belum putuskan Inisiatif PerantiSiswa diteruskan atau tidak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching bergambar bersama pelajar yang menerima tablet sempena majlis Penyerahan Perantisiswa di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

KULAI – Kerajaan belum memutuskan sama ada untuk meneruskan program Inisiatif PerantiSiswa atau tidak kepada pelajar terdiri daripada keluarga golongan B40 tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Teo Nie Ching berkata, keputusan itu akan dibuat selepas Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2023 pada sidang Parlimen akan datang.

“Lulus atau tidak bergantung kepada pengumuman Menteri Kewangan (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Perlu tunggu pengumuman Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2023 pada sidang parlimen akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengagihan PerantiSiswa Zon Selatan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abdul Rahman Putra di sini hari ini.

Inisiatif PerantiSiswa merupakan program kerajaan untuk menyediakan peranti kepada mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang berada dalam kelompok keluarga B40.

Dalam pada itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata, sehingga kini KKD menerima sebanyak 63,000 rayuan permohonan daripada mahasiswa dari seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 25,000 rayuan telah diluluskan dan bakinya masih menunggu keputusan semakan pengesahan daripada institusi masing-masing sama ada pelajar terdiri daripada keluarga B40.

“Sehingga Januari tahun ini, sebanyak 474,311 permohonan telah diterima dan 362,016 permohonan diluluskan.

“Lebih 83 peratus atau 301,737 tablet sudah diedarkan di seluruh negara sehingga 15 Januari,” katanya.

Ujarnya, daripada jumlah agihan itu, sebanyak 23,435 peranti sudah diterima mahasiswa di negeri Johor.

Sementara itu, pelajar jurudan Diploma Kosmetologi Kolej Vokasional ERT Azizah, Intan Maisarah Muhamad Nizam, 19, berkata, dengan adanya peranti dapat membantu dan memudahkan proses pembelajaran terutamanya untuk mendapatkan makluman dalam internet selain menyiapkan tugasan.

“Sebelum ini, kalau nak buat tugasan kena pakai komputer kolej dan perlu ‘berebut’ dengan pelajar lain, tetapi bila ada tablet ini, kerja lebih mudah, sangat membantu kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI