fbpx

Suami isteri terlibat kes letupan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan suami isteri yang akan dituduh di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

AMPANG JAYA – Pasangan suami isteri yang ditahan kerana terlibat dalam kes kematian seorang tukang masak akibat letupan akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, esok.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah pada pukul 10 pagi.

“Kedua-dua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes letupan bom sehingga mengakibatkan kematian seorang tukang masak berhampiran sebuah restoran di Jalan Pandan Indah 12/1, di sini, 29 Disember lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dilaporkan berkata, kedua-dua suspek itu diberkas sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 7.20 petang di sebuah taman perumahan, Serdang, Kedah membawa penemuan barangan dipercayai digunakan untuk membuat bahan letupan termasuk mercun bola, alat pemateri, peralatan elektrik, dan beberapa bilah pemotong kertas.

Sebelum ini, hasil siasatan awal mendapati motif pembunuhan berpunca daripada masalah peribadi namun, siasatan lanjut masih berjalan bagi mengesahkan motif sebenar kejadian.

Dalam pada itu, suspek lelaki merupakan pekerja kontraktor manakala isterinya seorang suri rumah berasal dari tempat yang sama dengan mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI