fbpx

Pendaftaran Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 dibuka semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah membuka semula pendaftaran bagi menyertai Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2022 secara dalam talian.

Bahagian Komunikasi LHDN menerusi kenyataannya berkata, SPK 2022 yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober tahun lalu terpaksa ditangguhkan berikutan keputusan kerajaan untuk membentangkan semula Bajet 2023.

“Ia akan membincangkan pelbagai inisiatif berkaitan cukai langsung susulan pembentangan Bajet 2023 akan dibuka semula mulai 16 Januari 2023 melalui portal pendaftaran seminar https://spk.hasil.gov.my.

“Justeru, dua tarikh baharu telah ditetapkan menerusi dua sesi iaitu sesi pertama pada 7 Mac (Selasa) dan sesi kedua pada 8 Mac (Rabu),” katanya.

Selain itu katanya, peserta yang telah membuat pendaftaran SPK 2022 bagi Sesi 1 (12 Oktober 2022) dan Sesi 2 (13 Oktober 2022) lalu, secara automatik didaftarkan sebagai peserta bagi Sesi 1 (7 Mac 2023) dan Sesi 2 (8 Mac 2023).

“Peserta yang ingin membuat pertukaran sesi, pindaan boleh dibuat mulai 16 Januari 2023 melalui portal pendaftaran seminar, namun hanya peserta yang telah membuat bayaran penuh yuran penyertaan dibenarkan untuk membuat pindaan sesi.

“Peserta yang telah berdaftar, tetapi masih belum membuat bayaran dan ingin mengesahkan penyertaan juga boleh berbuat demikian melalui portal pendaftaran seminar tersebut,” katanya.

Tambahnya, maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi pihak Urus Setia SPK 2022 (Bajet 2023) melalui e-mel [email protected].

“Orang ramai khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai adalah digalakkan untuk menyertai seminar ini.

“Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan dengan pindaan semua Akta yang ditadbir oleh LHDN lanjutan pembentangan Bajet 2023 oleh Menteri Kewangan pada 24 Februari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI