fbpx

UMNO terlalu jauh dengan orang muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid diiringi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan di PAU 2022

KUALA LUMPUR – Proses membina kesedaran politik iaitu pertimbangan kepentingan negara, pendekatan munasabah dan kebolehlaksanaan (practical) mesti ditanam dalam pertimbangan politik anak-anak muda.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa kajian awal yang dibuat oleh badan-badan penyelidikan menyimpulkan, politik identiti serta ‘terputusnya’ ikatan pengundi baharu dengan sejarah perjuangan parti-parti lama menjadi antara faktor anak-anak muda membuat pilihan.

“UMNO yang akan memasuki usia perjuangannya yang ke 77 tahun ini sudah terlalu jauh untuk ditelusuri oleh anak-anak muda.

“Jangankan kita, parti-parti di dalam kerajaan perpaduan juga gagal untuk meyakinkan anak muda yang berumur 30 tahun ke bawah (kumpulan ini membentuk 28 peratus daripada jumlah pengundi).

“Ini adalah data daripada kajian Yusof Ishak Institute Singapore (ISEAS). Faktor sebenarnya adalah kerana hujan lebat…,” kata beliau ketika sesi Penggulungan Ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Dalam erti kata lain jelas Ahmad Zahid, era islah dan tajdid yang berlaku di akhir 90-an pun sudah mula luput dari ingatan anak muda kini apatah lagi kisah kita yang bermula sejak tahun 1946.

Jelasnya, bagi mereka yang dekat dan nampak di mata adalah era Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta bantuan semasa Covid.

Tambahan pula katanya, RM600 billion menjadi angka keramat kononnya itulah yang digunakan untuk membantu rakyat walaupun hakikatnya peruntukan kerajaan tidak sampai pun RM100 billion. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI