fbpx

Warga Pakistan gagal seludup pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang diguna oleh lelaki warga Pakistan untuk membawa pakaian seludup menerusi pangkalan haram di sekitar Sungai Golok, Rantau Panjang.

Oleh YATIMIN ABDULLAH

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki warga Pakistan dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 ketika cuba menyeludup pakaian, tudung dan telekung bernilai RM150,480 sewaktu Sekatan Jalan Raya (SJR) Banggol Kong, Jeram Perdah di sini semalam.

Lelaki itu ditahan sewaktu sedang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang sarat dengan muatan barangan itu pada pukul 2 petang.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, sebelum suspek ditahan, pihaknya melakukan rondaan rutin di sekitar jalan Pohon Tanjung dekat Jeram Perdah.

Menurutnya, semasa rondaan, anggotanya telah terserempak dengan sebuah kenderaan yang dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PGA kemudian mengekori kenderaan itu dan telah berjaya menahannya di SJR Banggol Kong.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan pelbagai bungkusan kain pasang dan tudung. Anggota PGA kemudian telahmeminta dokumen mengenai muatan barangan yang dibawa, namun pemandu gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran berkaitan perkara itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Nor Azizan berkata, siasatan awal mendapati barangan tersebut diseludup dari negara jiran untuk dijual di pasaran tempatan.

Tambahnya, kesemua barangan rampasan termasuk kenderaan dan suspek telah di bawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (e) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI