fbpx

Ebit Lew cari ‘rumah baharu’ untuk anjing jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew ketika meluangkan masa meninjau keadaan ratusan anjing di Pusat Jagaan Anjing Rainbow.

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dalam usaha mencari ‘rumah baharu’ bagi menempatkan ratusan anjing jalanan yang bakal kehilangan tempat perlindungan mereka.

Terdahulu, tular kisah Pusat Jagaan Anjing Ranbow yang diarahkan berpindah oleh pihak majlis perbandaran menarik perhatian Ebit untuk turun padang dan meninjau sendiri nasib anjing-anjing di sana.

Ebit Lew menerusi hantaran di Facebooknya hari ini memaklumkan, ramai pengguna media sosial yang menyeru namanya pada artikel berkaitan pusat jagaan tersebut selain mengharapkan bantuan sewajarnya diberikan.

“Sedih ramai tag saya mengenai Pusat Jagaan Anjing Rainbow yang dah 10 tahun kutip anjing jalanan tapi diarahkan tutup dan mungkin anjing akan dihapuskan.

“Mereka rawat, jaga dan beri makan anjing-anjing jalanan. Syukur pergi berbincang dengan majlis perbandaran, dan mereka gembira beri masa sedikit dan gembira kami cuba bantu cari tempat yang lebih sesuai untuk mereka. Mungkin jauh dari mana-mana penempatan,” katanya.

Pada masa sama, ketika tinjauan Ebit ke lokasi, beliau turut membawa pelbagai makanan anjing seperti ‘kibbles’ dan daging ayam.

Ebit juga meluangkan masa memasak makanan bersama pekerja di pusat jagaan berkenaan untuk diberikan kepada haiwan terbiar di sana.

“Masa sampai wanita India ni menangis sebak terharu. Beliau selalu mengikuti saya di media sosial. Beliau minta kata semangat dan doa.

“Terharu dengar beliau menguruskan semua ini. Hidupnya diabdikan untuk kerja ini. Kakak ini baik orangnya. Anjing ni dah macam anak-anak dijaga olehnya.

“Seronok dapat bagi makan dan bantu sedikit. Kami sedang bantu mencari tanah yang sesuai untuk pusat jagaan ini dalam masa terdekat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI