fbpx

UMNO Sungai Besar mahu keahlian KJ digantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal (kiri) mahu keahlian UMNO Khairy Jamaluddin digantung

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Sungai Besar mahu keahlian bekas Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar digantung selepas mengeluarkan kenyataan wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ menjelang undian usul jawatan tertinggi berlangsung petang ini.

Ketua Bahagiannya, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin adalah sangat memalukan serta mengaibkan UMNO.

“Ini adalah satu kenyataan yang amat jahat yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin dan saya yakin ada niat tersembunyi untuk memburukkan parti UMNO yang mengikut kenyataan beliau nyatakan adalah satu perkara sangat dukacita.

“Saya sendiri mengamati bahawa dakwaan Khairy Jamaluddin dewan PAU hari ini dipenuhi dengan perwakilan import adalah tidak benar sama sekali, kita mengenali perwakilan yang ada, jadi saya minta lembaga disiplin UMNO mengambil tindakan kepada Khairy Jamaluddin yang sembrono mengeluarkan kenyataan berniat jahat ini.

“Selepas ini saya akan membuat aduan rasmi kepada lembaga disiplin supaya mereka mengambil tindakan dan saya berharap KJ (Khairy Jamaluddin) boleh digantung daripada ahli UMNO,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan bekas Ahli Parlimen Rembau itu mendakwa wujud komplot ‘Dewan Merdeka’ bertujuan meluluskan usul tambahan dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Khairy mendakwa, beberapa tanda nama yang dikhaskan untuk perwakilan UMNO pada kerusi dalam Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, telah ditanggalkan untuk undian usul pada petang ini sempena PAU2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI