fbpx

Lihat kepayahan ibu, Edika Yusof takkan duakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESETIAAN Edika menjaga isterinya yang lumpuh sering dijadikan sebagai lelaki dan suami terbaik.

PEMBUKAAN tirai 2023 dunia selebriti dipenuhi dengan gosip mengenai isu rumah tangga dengan permasalahan orang ketiga dalam perhubungan sehingga membawa kepada pertelingkahan keluarga.

Beberapa minggu ini, berita hiburan rancak melaporkan isu rumah tangga pengarah Syamsul Yusof yang berkahwin dua dengan Ira Kazar iaitu anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

Tidak lupa juga dengan pengumuman mengejut penyanyi Fyna Jebat tentang statusnya yang sudah menjadi isteri kepada bekas pemain bola sepak kebangsaan dan jurulatih, Datuk Zainal Abidin Hassan.

Disebabkan isu berkenaan, nama pelakon dan juga model Edika Yusof turut terpalit menjadi contoh kerana kesetiaan yang dipamerkan buat isterinya yang lumpuh separuh badan.

Bagi Edika, 56, kesukaran membesarkan anak seorang diri dilihat daripada ibunya.

Bahkan, dia juga tidak yakin dapat memberikan keadilan sama rata jika berkahwin ramai.

“Saya yang melihat kepayahan ibu membesarkan anak-anak seorang diri sedangkan bapa berkahwin lain.

“Ibu saya merupakan isteri kedua dan ketika itu ayah berkahwin kali ketiga. Tetapi ibu saya tetap tidak mahu mencari pasangan lain.

“Saya tidak nampak keadilan yang boleh dibahagikan kepada setiap isteri. Wang ringgit sememangnya boleh bagi sama rata tetapi kasih sayang dan masa yang harus dipertimbangkan,” katanya.

Pada masa sama, pelakon asal Kuala Lumpur itu mendedahkan kunci kebahagiaan rumah tangganya bersama isteri yang dibina sejak 2003 adalah dengan tidak menyimpan sebarang rahsia dalam perhubungan.

“Telefon bimbit saya tidak ada sebarang sekuriti dan saya serahkan kepada isteri. Kalau ada mesej pelik seperti orang ajak keluar, dia akan periksa dan padam.

“Jadi, apabila tiada rahsia dalam perhubungan, kehidupan rumah tangga pun akan menjadi lebih senang,” jelasnya.

Apabila ditebak soal kahwin lain, Edika bagaimanapun tidak terfikir tentang hal itu kerana sudah berjanji untuk bersama-sama dengan isteri sehingga pulih.

“Tidak pernah terfikir untuk berkahwin kali kedua atau ketiga kerana yang pertama pun belum habis dijaga.

“Saya sudah berjanji untuk buat dia berdiri seperti sediakala,” tuturnya.

Sempat menitipkan pesanan, Edika menasihati golongan bujang untuk menghabiskan masa muda dengan sepuas-puasnya sebelum berkahwin.

“Dahulu saya kahwin lewat jadi masa muda digunakan untuk berseronok sepuas-puasnya. Apabila sudah berkahwin, saya tutup buku lama.

“Anak sendiri pun saya pesan perkara sama. Kelak sudah berkahwin, fokuslah kepada keluarga kerana tanggungjawabnya lain,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI