PETALING JAYA – Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans didakwa sedang hamil anak kedua selepas perhatian peminat tertumpu pada keadaan perutnya yang kelihatan seperti bentuk ‘baby bump’.
Perkara tersebut disedari peminat selepas Juliana berkongsi hantaran dalam Instagram apabila tampil menggayakan baju gaun berwarna kuning menghadiri sebuah majlis penganugerahan.
Menerusi hantaran sama, peminat turut mengesyaki ibu kepada seorang cahaya mata itu sedang hamil anak kedua dan mengucapkan tahniah kepadanya.
“Tahniah. Berseri-seri wajah ibarat seri ibu mengandung,” kata peminat.
“Awak mengandungkah? Lawa sangat,” ujar pengguna.
Bagaimanapun, sehingga kini Juliana tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.
Malah penampilan jelita pelakon berusia 34 tahun itu menuai perhatian peminat apabila ada yang menyatakan dia kelihatan seperti karakter puteri Disney iaitu Belle dalam filem Beauty And The Beast.
“Awak kelihatan seperti Belle dalam Beauty And The Beast. Saya tidak pernah melihat penampilan awak bersemangat seperti ini.
“Saya rasa ini adalah solekan terbaik yang sangat sesuai dengan awak. Penampilan awak sangat menyerlah,” ujar seorang pengguna.
Terdahulu, pelakon filem Kami The Movie itu mendirikan rumah tangga dengan Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun. – KOSMO! ONLINE