fbpx

Ajal kali pertama tunggang motosikal pergi bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal mangsa dan kereta yang terlibat dalam kemalangan di KM 45 Jalan Klang-Teluk Intan itu.

KUALA SELANGOR – Perjalanan seorang pemandu lori yang kali pertama menunggang motosikal ke tempat kerjanya bertukar tragedi apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 45 Jalan Klang-Teluk Intan berdekatan Mahkamah Majistret Kuala Selangor di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.15 pagi, lelaki berusia 43 tahun yang menunggang Modenas Kriss itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, mangsa sebelum ini kebiasaannya memandu kereta ke tempat kerjanya di Klang.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa keluar dari simpang di lokasi kejadian.

“Sebuah kereta jenis Toyota Yaris dipandu wanita berusia 26 tahun gagal mengelak sebelum melanggar sisi kanan motosikal.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa kemudiannya terjatuh dan cedera parah di kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Ramli, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Norasyikin Roslan di talian 010-2621743 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI