fbpx

Beri saya ruang tadbir Sabah – Hajiji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hajiji ketika menghadiri Istiadat Konvokesyen UCSF 2023 hari ini.

KOTA KINABALU – Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor meminta semua pihak agar memberi ruang kepadanya bagi mentadbir negeri Sabah dengan lebih baik selaku Ketua Menteri.

Hajiji berkata, pihaknya perlu melihat pelbagai aspek agar dapat lebih memperhebatkan pembangunan Sabah.

“Jangan bimbang. Kita akan ambil tindakan yang sepatutnya. Bagi saya ruang untuk berfikir bagaimana kita mentadbir negeri ini dengan baik dan sebagainya.

“Paling penting adalah kepentingan negeri,” katanya ketika ditemui media ketika menghadiri Istiadat Konvokesyen UCSF 2023 hari ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau sudah memaklumkan senarai Kabinet baharu Sabah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hajiji mengiyakan perkara berkenaan.

“Sudah tentu. Bagi saya ini adalah perlu, untuk memaklumkan pucuk pimpinan Perdana Menteri. Saya juga selalu jumpa PM dan sering berkomunikasi melalui telefon.

“Biasalah sebagai pemimpin utama kita di negara ini, adakalanya kita berjumpa dan mengemukakan pelbagai isu yang berkaitan dengan rakyat serta negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI