fbpx

Tiada wakil negara di separuh akhir Terbuka Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reaksi pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi selepas tewas kepada pasagan Indonesia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, di Stadium Axiata, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 berakhir selepas beregu lelaki profesional, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tersingkir di pusingan suku akhir sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Dunia 2021 itu akur dengan kekalahan 21-14, 16-21, 17-21 kepada beregu lelaki No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.

Meskipun menang pada set pertama, namun kebangkitan yang ditunjukkan Fajar-Rian dalam dua set berikutnya tidak dapat dibendung beregu negara, sekali gus ditunjukkan jalan keluar daripada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Ee Yi-Yew Sin menjadi antara pemain Malaysia yang beraksi pada pusingan suku akhir hari ini termasuk beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei selepas beberapa pemain utama seperti Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik tersingkir lebih awal.

Untuk rekod, kedua-dua beregu pernah bertemu sebanyak sembilan kali sebelum ini dengan gandingan Indonesia itu mencatat enam kemenangan, namun pertemuan terakhir pada Jelajah Dunia Akhir 2022 Disember tahun lalu memihak kepada Ee Yi-Yew Sin.

Selepas ini, beregu No.7 dunia itu memiliki masa kurang seminggu untuk membuat persiapan sebelum menyertai kejohanan Terbuka India yang dijadualkan berlangsung di New Delhi bermula 17 hingga 22 Januari nanti.

Sementara itu, pada perlawanan yang berlangsung di sebelah petang, Tang Jie-Ee Wei turut mengalami nasib sama apabila akur dengan kekalahan 19-21, 9-21 kepada beregu Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI