fbpx

Tinggal syabu 20 kg, 14,000 biji ekstasi tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan (tengah) menunjukkan sebahagian dari dadah sebanyak 20.795 kg yang berjaya dirampas bernilai RM1.25 juta pada sidang akhbar di IPK Johor di sini hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Polis menemui dadah jenis syabu seberat 20 kilogram (kg) dan 14,000 biji pil ekstasi bernilai RM1.25 juta dalam sebuah beg dan ditinggalkan di kawasan pantai hutan bakau, Parit Besar Laut, Muar dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, penemuan itu hasil soal siasat dijalankan terhadap enam suspek yang ditahan pada 13 dan 14 Oktober lalu kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah ke Bengkalis, Sumatera, Indonesia.

Menurut beliau, soal siasat berkenaan turut membantu polis menjalankan operasi kedua pada 17 Oktober di kawasan kebun kelapa sekitar Muar.

“Menerusi serbuan kedua pula, polis berjaya menemui 1 kg dadah jenis syabu bernilai RM42,560.

“Kedua-dua serbuan itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang tangkapan,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, keseluruhan rampasan melibatkan sindiket berkenaan sejak operasi pertama pada 13 Oktober lalu membabitkan 37.53 kg syabu dan 23,905 biji pil ekstasi bernilai RM2.2 juta.

“Selain itu, polis turut menyita dua bot fiber berserta enjin bernilai RM35,000, sebuah kereta jenis Perodua Viva bernilai RM10,000 dan sebuah motosikal bernilai RM5,000.

“Kesemua suspek yang ditangkap masih dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut sehingga 20 Oktober ini manakala kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI