fbpx

Pesalah elak hukuman penjara kerana penjara sudah penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fabian Greco yang terlibat dalam nahas jalan raya di Dartfort tidak dihukum penjara ekoran jel sudah penuh. - KentOnline

LONDON – Sebuah mahkamah di tenggara England dimaklumkan supaya tidak menghantar pesalah ke penjara kerana penjara sudah penuh dengan banduan, kata Hakim Daerah, Stephen Leake seperti dilaporkan portal berita MailOnline semalam.

Situasi itu menyebabkan seorang pemandu lori, Fabian Greco dijatuhi hukuman penjara tertangguh dan bukannya 18 minggu penjara selepas didapati bersalah menyerang seorang pemandu lori lain dalam insiden ‘samseng jalan raya’.

Ketika menjatuhkan hukuman di Mahkamah Majistret Medway, Hakim Daerah, Stephen Leake berkata, hukuman tersebut wajar kerana penjara sudah penuh.

Beliau berkata: “Kemarahan jalan raya dipandang serius oleh mahkamah, tetapi pada masa yang sama, saya dapati anda tidak mempunyai sabitan sebelum ini dan tiada perbicaraan kerana anda mengaku bersalah yang bermakna mangsa tidak perlu memberi keterangan.

“Penjara penuh dan Panduan Operasi Melindungi telah dikeluarkan kepada mahkamah untuk mengurangkan tekanan ke atas penjara sebanyak mana yang mungkin.”

Hukuman itu bermaksud Greco tidak akan dipenjara sekiranya dia tidak melanggar undang-undang sepanjang tempoh hukuman ke atas dirinya.

Dia memandu lorinya di Persimpangan Darenth di Dartford apabila dia hampir terlibat dalam kemalangan dengan pemandu lori yang lain pada tahun lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI