PETALING JAYA – Fenomena garis badai yang membawa bersama hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku di barat Semenanjung pada sebelah pagi sehingga 18 Januari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang pula dijangka berlaku di kawasan pedalaman dan pantai timur Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang hingga ke malam.
“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE