fbpx

Penduduk bimbang rumah senget setiap kali hujan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REDHUAN menunjukkan lubang tanah mendapan yang semakin membesar berbanding saiz asal di belakang rumahnya di Presint 5, Taman Warisan Puteri, Seremban baru-baru ini.

SEREMBAN – Beberapa penduduk hidup dalam kebimba­ngan ekoran bila-bila masa boleh menjadi mangsa tanah runtuh sejak berlaku mendapan yang membahayakan orang ramai di Jalan Warisan Puteri A40, Pre­sint 4 di sini.

Penduduk mendakwa, kejadian itu berlaku sejak Oktober tahun lalu apabila kesan mendapan tersebut boleh mengancam keselamatan penduduk yang tinggal berdekatan dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Seorang penduduk, Amran Hamid, 64, berkata, dia amat risau kerana mendapan itu berlaku hampir dengan rumahnya.

“Saya tinggal di sini sejak sembilan tahun lalu. Mendapan ini semakin melebar terutama ketika hujan hingga saya bimbang jika rumah jadi senget jika berlaku pergerakan tanah.

“Pada Oktober lalu, sebuah kereta jiran yang diletakkan di tepi jalan hampir menggelongsor selepas tanah di situ tiba-tiba mendap,” katanya ketika ditemui.

Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 4, Ismail Mahat pula berharap Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menyegerakan kerja baik pulih kerana dikhua­tiri berlaku bencana yang boleh menjejaskan nyawa dan rutin harian penduduk.

Sementara itu, tinjauan mendapati kejadian tanah mendap turut dilaporkan berlaku di kawasan perumahan Presint 5 Taman Wa­risan Puteri di mana lubang mendapan semakin membesar terutama ketika musim hujan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Presint 5 Taman Warisan Puteri, Datuk Redhuan Sabaruddin berkata, mendapan itu pada mulanya bersaiz setengah meter pada 2017 tetapi kini semakin melebar.

“Tanah mendapan yang terletak di belakang rumah penduduk ini kini bersaiz 10 meter dengan kedalaman dua meter.

“Lebih merisaukan, jarak mendapan ini dengan rumah kami hanya sekitar 20 meter, jika hujan air akan bertakung dan mengalir menyebabkan lubang mendapan ini menjadi lebih besar,” katanya.

Redhuan berkata, pihak MBS memaklumkan bahawa mendapan tanah berpunca daripada kebocoran sistem perparitan bawah tanah.

Tambahnya, dia dimaklumkan bahawa MBS dalam proses menyediakan tender untuk membaik pulih tanah mendap tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI