fbpx

Kementerian Pengangkutan tingkat sistem selenggaraan MRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTHONY (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Mydin dan Golog di Seremban 2, hari ini.

SEREMBAN – Kementerian Pengangkutan akan menetapkan sistem penyelenggaraan yang lebih baik bagi tren-tren Transit Aliran Massa (MRT) yang dijangka diselesaikan dalam tempoh suku ketiga tahun ini.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya juga akan terus memantau budaya penyelenggaraan berkaitan tren di negara ini bagi memastikan perkhidmatannya termasuk MRT berada pada tahap optimum sekali gus mengurangkan rungutan pengguna.

“Semalam, sememangnya ada gangguan dalam MRT laluan Kajang dan saya sudah minta pihak pengurusan untuk membuat penjelasan dengan apa yang berlaku. Ia memang ada masalah teknikal yang sepatutnya tidak berlaku kerana ia baharu beroperasi antara lima hingga enam tahun.

“Pihak pengurusan (MRT) sedar dan penyelenggaraan perlu dilakukan terutama membabitkan pertukaran roda-roda dalam kereta api kita.

“Kami akan terus memantau dan mengubah cara penyelenggaraan, ia perlu ke arah yang lebih baik yang dijangka mengambil masa enam hingga bulan akan datang. Saya dimaklumkan banyak tren yang perlu diselenggarakan, kita hanya akan mempersiapkan tren ini dalam tempoh suku ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) dan syarikat logistik tempatan, GoBuilders Netsoft Sdn. Bhd. (Golog) di sini hari ini.

Semalam, ratusan pengguna MRT laluan Kajang terkandas, selepas tren dinaiki mereka mengalami tekanan angin yang rendah di Stesen Pasar Seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI