fbpx

Susah nak cari telur ayam gred A di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jurujual sebuah premis melihat telur ayam Omega yang masih ada di rak jualan di George Town semalam. –IQBAL HAMDAN

GEORGE TOWN – Pengusaha kek di negeri ini dikatakan terus terhimpit dengan isu bekalan telur ayam gred A apabila bahan keperluan utama itu masih sukar diperoleh selain terpaksa berdepan kenaikan harga yang tidak stabil.

Keadaan itu disebabkan pe­ngusaha kek perlu menggunakan telur gred A bagi melazatkan bahan makanan tersebut.

Rata-rata premis itu tidak mempunyai stok telur ayam gred A selain hanya memasarkan bekalan gred B, omega dan telur ayam kampung.

Situasi tersebut membuat pengusaha kek terutama yang menjalankan perniagaan dari rumah terpaksa keluar mencari di lebih empat buah premis setiap hari, tidak kira masa.

Pengusaha Ajja Bakery & Pastry, Nur Hajar Salim berkata, dia jenuh mencari bekalan telur yang kebiasaannya dibeli di kedai pembekal barangan membuat kek di Relau dan Teluk Kumbar.

Dakwanya, sebuah kedai belum tentu mempunyai stok telur gred A selain dikatakan habis ‘disapu’ sebelum setengah hari kedai berkenaan beroperasi.

“Tiga kedai belum tentu ada telur gred A. Memang jenuh keluar mencari setiap hari. Pembeliannya juga dihadkan kepada maksimum dua papan sahaja, itu jika pelanggan tetap.

“Bekalan rasanya ada tetapi tidak di semua premis. Bergantung pada kuantiti tempahan, setiap hari saya keluar mencari di kawasan Bayan Baru, Relau, Teluk Kumbar dan Balik Pulau,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Nur Hajar menambah, harga jualan bagi sepapan telur ayam gred A juga tidak sama dan berlaku peningkatan sehingga RM1.50 sepapan berbanding tiga minggu lalu iaitu minimum RM14.

Jelasnya, ketika ini telur ayam gred A dijual pada harga RM16 hingga RM20 sepapan.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha kek yang hanya mahu dikenali sebagai Raisha, 45, pula berkata, dia juga berdepan situasi sama apabila terpaksa mencari banyak bekalan bagi telur gred A.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI