fbpx

Status Sabah, Sarawak kini wilayah – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya ditukar kepada wilayah.

Jelas Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu lagi, pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur menjadikan kedudukan wilayah Sabah dan Sarawak menjadi lebih strategik untuk dibangunkan sebagai kawasan pertumbuhan baharu.

“Sehubungan itu, Perjanjian Malaysia 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63, perlu dilaksanakan segera.

“Walaupun ada beberapa perkara pokok yang telah dilaksanakan, masih banyak perkara yang menjadi asas kepada MA63 perlu diterjemah pelaksanaannya.

“Limpahan pembangunan di Kalimantan perlu digarap segera agar Sabah dan Sarawak lebih pesat membangun,” dalam Ucapan Dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Tambah Ahmad Zahid lagi, sejak 1963, Sabah dan Sarawak telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan kini adalah masa terbaik untuk sama-sama memajukan Sabah dan Sarawak seiring dengan perkembangan di keseluruhan kepulauan Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.

“UMNO berpendirian, Sabah dan Sarawak adalah rakan politik strategik.

“Dengan itu, apa pun bentuk kerajaan Malaysia pada masa sekarang dan masa hadapan, UMNO tetap memilih untuk bersama-sama dengan rakan-rakan politik dari wilayah berkenaan demi kestabilan Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI