fbpx

Nova bantu kemenangan Tang Jie-Ee Wei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei ketika menentang pasangan Indonesia, Lisa Ayu Kusumawati dan Rehan Naufal Kusharjanto pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023, di Stadium Axiata Arena, di sini hari ini. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terus melakar kejutan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 apabila memastikan tempat ke pusingan suku akhir esok.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi, pasangan yang baru digandingkan selama dua bulan itu menewaskan beregu No.12 dunia dari Indonesia, Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati 21-19, 21-16.

Pengetahuan yang dimiliki jurulatih, Nova Widianto ketika membimbing skuad beregu campuran Indonesia sebelum ini nyata menjadi azimat buat Tang Jie-Ee Wei untuk menewaskan Rehan-Lisa.

“Jurulatih (Nova) memberitahu kami bahawa pasangan lawan adalah bekas anak didiknya sebelum ini. Mereka memang konsisten ketika bertahan serta bijak mengawal bulu tangkis, namun sedikit kurang dari segi kekuatan.

“Saya tidak boleh cakap ia hanya disebabkan jurulatih, namun beliau sangat berpengalaman dan profesional. Oleh itu, kami sangat berterima kasih kepada beliau yang begitu komited dengan tugasnya,” kata Tang Jie selepas tamat perlawanan.

Dalam pada itu, Ee Wei menegaskan, dia dan Tang Jie tetap mengambil pendekatan merendah diri meskipun gembira dengan kemenangan dilakar ke atas beregu yang berada di ranking lebih tinggi.

“Sekarang kami harus mempersiapkan diri untuk aksi suku akhir. Kami sentiasa mengeluarkan seluruh kemampuan dalam setiap perlawanan dan langsung tidak simpan sebarang rahsia.

Sementara itu, hasrat dua lagi beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Teoh Mei Xing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk mengikut jejak langkah Tang Jie-Ee Wei tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI