PEMINAT bola sepak Malaysia berpeluang terbang ke London bagi menyaksikan pemain terbaik dunia secara langsung apabila syarikat Carabao Malaysia menawarkan 10 tiket percuma kepada individu bertuah untuk ke perlawanan akhir Piala Carabao 2023 di London, bulan depan.
Bagi mendapatkan slot ke London, peminat bola sepak di Malaysia boleh mendapatkan tiket itu dengan menyertai peraduan Piala Carabao yang dianjurkan syarikat pengedar utama minuman tenaga Carabao itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Carabao Malaysia, Tan Kai Hong berkata, pihaknya menawarkan peluang kepada warga Malaysia untuk menonton final Piala Carabao 2023 di Stadium Wembley, London pada 26 Februari ini.
“Bola sepak adalah sukan kegemaran sedunia dan kami rasa bangga Piala Carabao 2023 boleh dianjurkan semula selepas pandemik Covid-19 dua tahun lalu.
“Kami bersyukur atas sokongan dan sambutan hangat daripada peminat Carabao sejak syarikat kami didirikan pada 2020 di Malaysia.
“Pendirian Carabao di Malaysia adalah selaras dengan misi global meneruskan usaha menjadikan jenama Carabao sebagai produk bertaraf dunia dan jenama bertaraf dunia ‘World Class Product, World Class Brand’.
“Sebagai tanda penghargaan, kami menyediakan 10 tiket penerbangan ke London dengan pakej penuh. Bagi menentukan 10 pemenang itu, kami menjemput warga Malaysia menyertai Peraduan Piala Carabao yang akan berakhir pada 20 Januari 2023,” katanya dalam satu kenyataan.
Peraduan Piala Carabao itu terbuka kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
Cara penyertaan adalah membuktikan setiap pembelian minuman tenaga Carabao bersama resit untuk satu penyertaan.
Seterusnya, meneka pasukan manakah layak ke final Piala Carabao 2023 selain turut perlu menyatakan slogan kreatif dan ikuti platform sosial media Carabao Malaysia seperti Facebook dan Instagram.
Langkah terakhir sekali adalah menghantar foto resit, slogan dan semua jawapan ke nombor 011 – 3986 9817 melalui aplikasi Whatsapp.
Selain 10 pemenang utama, peraduan ini menawarkan 100 hadiah mingguan dengan minuman tenaga Carabao dan kemeja-T Carabao edisi terhad.
Pemenang mingguan turut berpeluang memenangi bola sepak berjenama Puma dengan menulis mesej yang kreatif di Facebook dan Instagram dan ‘tag’ Carabao Malaysia. – KOSMO! ONLINE