fbpx

Bekalan air disalurkan dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sampel air tercemar yang diambil oleh Air Selangor

KUALA SELANGOR – Kira-kira lima juta pengguna yang terjejas akibat henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) dijangka akan mendapat bekalan air semula dalam tempoh 24 jam.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, usaha dalam mempercepatkan proses pencairan dan mengeluarkan bahan pencemaran sedang dilakukan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd ( Air Selangor) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Bacaan ton yang diambil pada LRA Rantau Panjang sebelum dihenti tugas adalah paras 1 manakala LRA Sungai Selangor fasa 1, 2 dan 3 (SSP1, SSP2 dan SSP3) pada paras 3.

“Berdasarkan ikut maklumat terkini 1.30 petang ini, kadar Ton pencemaran sangat nipis dan InsyaAllah dalam tempoh 24 jam air akan dibekalkan semula,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau LRA SSP2 di sini sebentar tadi. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI