fbpx

Choi Jung-won dituduh dekati isteri orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOI JUNG-WON

NAMA pelakon Choi Jung-won memanas apabila dirinya didakwa menjalin hubungan sulit dengan isteri orang.

Dakwaan tersebut didedahkan seorang YouTuber yang berkongsi sumber daripada lelaki tidak dikenali mengenai seorang aktor popular mendekati isterinya sehingga menghancurkan keluarganya.

Lelaki itu berkata, aktor terbabit menghantar mesej kepada isterinya antaranya seperti ‘saya rindu awak’, ‘jom keluar minum’, ‘jom jumpa selalu’ dan ‘saya bahagia dengan awak’.

Bahkan aktor itu didakwa menghubungi isterinya setiap hari dan kerap memberi wanita itu minum alkohol sebelum kemudian membawanya pulang ke rumah.

Selepas namanya dikaitkan, Jung-won dalam satu kenyataan menegaskan dia dan wanita itu merupakan kenalan lama sejak kecil dan bukannya bekas kekasih seperti didakwa suaminya.

“Saya hubungi dia sebab teruja nampak namanya dalam KakaoTalk. Kami pernah keluar makan dua tiga kali.

“Tetapi perbualan banyak tentang keluarga, kerja dan anak-anak. Tiada langsung perkara yang tidak senonoh berlaku seperti didakwa,” katanya yang mahu menyaman lelaki itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI