fbpx

Langkah London takkan berjaya tanpa Mahdzir Khalid – Noran Zamini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noran Zamini

KUALA LUMPUR – Gerakan Langkah London yang didakwa ingin menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid, tidak akan berjaya tanpa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Wakil Perwakilan UMNO Kedah, Noran Zamini Jamaluddin berkata, Mahdzir merupakan pemimpin yang boleh menjadi orang tengah dalam penyelesaian kemelut ini memandangkan beliau dihormati oleh majoriti pemimpin-pemimpin UMNO kedua pihak.

“Memang ada desas-desus mengesahkan Langkah London sememangnya wujud kerana adanya perbincangan antara ‘peneraju’ tersebut.

“Namun Langkah London akan gagal dan mustahil untuk dilakukan jika Tok Det (Mahdzir Khalid) tidak mahu menyertai bersama.

“Setakat ini yang saya lihat, Tok Det memang kelihatan tidak berminat dengan langkah tersebut, ” katanya ketika ditemui Kosmo!

Semalam, Mahdzir Khalid menafikan penglibatannya dalam ‘Langkah London’ walaupun mengesahkan berada di United Kingdom (UK), ketika itu.

Jelasnya, dakwaan dirinya terbabit dalam langkah itu bersama beberapa pemimpin lain tidak benar sama sekali.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan seorang penulis blog mengenai pembabitan beliau bersama Datuk Seri Ismail Sabri dalam gerakan menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2022 bermula malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI