fbpx

[VIDEO] Melecur tahap dua, pemilik restoran ‘hot pot’ hanya bayar RM3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian penyala ‘hot pot’ meletup di sebuah restoran.

PETALING JAYA – Melecur teruk selepas penyala ‘hot pot’ meletup, seorang pemuda mendakwa hanya dibayar pampasan sebanyak RM3,000 oleh pemilik sebuah restoran di Kuala Lumpur dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Menurut Jason Chiu dalam satu hantaran di Facebook, ketika dia dan keluarga sedang menikmati hidangan di restoran itu pada malam 11 September lalu, dua daripada empat sumber api bagi ‘hot pot’ tersebut padam dan kemudiannya dibantu seorang pelayan.

“Bekas gel itu menyala semula tetapi tidak lama kemudian, dua lagi turut terpadam tetapi pelayan lain datang bantu dan menggoncang bekas gel dengan kuat sehingga menyebabkannya terbakar.

“Api menyambar muka, belakang saya ketika itu dan ayah serta ibu bantu padamkan,” katanya.

Namun katanya, pekerja mereka hanya berdiri di situ selama lima minit pertama, sebelum seorang daripadanya mendapatkan alat pemadam api untuk memadam kebakaran.

Mereka sekeluarga kemudiannya dihantar ke hospital ekoran kejadian tersebut dan dimaklumkan pemilik restoran bahawa mereka akan bertanggungjawab ke atas kos perubatan yang dikenakan.

“Keluarga memutuskan untuk menggunakan insurans sendiri terlebih dahulu untuk memastikan mereka akan mendapat rawatan secepat mungkin dan saya mengalami kebakaran tahap dua dengan tempoh sebulan untuk pulih.

“Pada Oktober, saya kembali dan cadangkan pelan pampasan namun pemilik restoran meminta tempoh seminggu.

“Kami sedar mereka sengaja melengah-lengahkan tetapi melihatkan mereka ikhlas jadi kami pilih selesaikan secara tertutup. Namun sebulan kemudian kami menerima notis mengatakan permohonan kami ditolak,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka hanya menawarkan pampasan yang tidak munasabah iaitu pakej RM3,000 berupa wang tunai RM2,000 dan baucar kedai mereka RM1,000,” katanya.

Katanya, yuran pengajiannya juga kini berjumlah RM10,000 kerana tidak hadir selama sebulan dan pakaiannya berharga sekitar RM500 manakala gaji bekerja sambilan berjumlah RM5,000.

“Kami telah gunakan saluran undang-undang untuk keadilan. Apa yang kami mahu bukan wang tapi keadilan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI