fbpx

Ibu muda bunuh anak, geram suami sibuk berjudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu dipercayai menikam anak berusia tiga bulan sehingga mati kerana tertekan dengan perangai suami yang suka berjudi dan main permainan online. - Shuttershock

JAKARTA- Seorang ibu muda bertindak membunuh anak sendiri kerana tertekan dengan hobi suami yang suka berjudi dan bermain permainan online, di Kelurahan Rukun Lima, Kecamatan Ende Selatan, Kabupaten Sika, pada awal pagi kelmarin.

Suspek bernama NEW, 21, yang baru sahaja melahirkan bayinya tiga bulan lalu menikam mangsa hingga mati menggunakan pisau, lapor portal Kompas.com.

Menurut Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Ende, Laurensius berkata suspek bersendirian di rumah ketika kejadian berlaku.

“Si suami keluar bermain judi dan hanya pulang sekitar pukul 2 pagi waktu tempatan ketika menyedari kejadian itu.

“Bayi malang itu berada dalam keadaan parah ketika si suami tiba di rumah dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital,” kata Laurensius.

Tambah Laurensius, suspek dilaporkan mengalami tekanan perasaan kerana masalah kewangan selain berang dengan perangai suaminya yang jarang bekerja tetapi sibuk berjudi dan permainan online.

“Suspek sudah ditahan di balai polis Ende untuk pemeriksaan lanjut,”katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI