fbpx

Pemandu nyaris rentung MPV terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan MPV yang terbakar sepenuhnya dalam kejadian di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, hari ini.

KAJANG – Sebuah kenderaan musnah sepenuhnya selepas terbakar secara tiba-tiba di hadapan Petronas Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sebelum Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.03 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.

Katanya, sebanyak sembilan anggota berserta dua jentera telah dikejarkan ke lokasi kemalangan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bagi melakukan pemadaman api.

“Laporan di lokasi mendapati sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Naza Ria telah terbakar sepenuhnya.

“Kejadian tersebut didapati berlaku ketika kenderaan itu sedang bergerak dan mangsa sempat menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI