fbpx

PM, DBKL bincang naik taraf fasiliti penjaja KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika mengadakan perbincangan bersama DBKL hari ini

PETALING JAYA – Isu kemudahan bagi penjaja di sekitar ibu kota menjadi tajuk utama perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Jelas Perdana Menteri dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perbincangan tersebut telah diadakan bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.

“Tadi mengadakan perbincangan dengan pihak DBKL bersama dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) di Kementerian Kewangan.

“Perbincangan itu melibatkan cadangan pembangunan dan naik taraf infrastruktur serta fasiliti penjaja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya di sini hari ini.

Katanya, usaha menambah baik fasiliti bagi penjaja juga amat penting agar tidak ketinggalan.

“Penjaja dan peniaga kecil merupakan salah satu penyumbang ekonomi negara yang perlu diberikan perhatian agar tidak ketinggalan dalam kepesatan pembangunan di ibu negara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI