fbpx

Amaran ribut petir di 6 negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada petang ini mengeluarkan amaran ribut petir di lima buah negeri.

MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang diramal melanda negeri Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak hingga 9 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di negeri Perak melibatkan daerah Kinta, Kampar dan Batang Padang.

“Selain itu, cuaca sama turut dijangka akan melanda negeri Kelantan di Gua Musang sehingga 9 malam ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu MetMalaysia berkata, amaran sama turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di Terengganu seperti Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Amaran ribut petir itu juga dikenakan di negeri Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Turut dikenakan amaran sama ialah Mersing, Johor,” ujarnya.

Sementara itu katanya, amaran ribut petir itu juga dijangka akan melanda bebera daerah di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu (Tatau), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI