fbpx

Papsma sambut baik tindakan kerajaan selesai isu pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma) menyifatkan pendirian kerajaan berhubung isu kemasukan pekerja asing dan keputusan menyambung semula program kalibrasi pekerja asing sebagai satu langkah bijak dan positif.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, langkah itu akan mempercepatkan kemasukan pekerja asing ke Malaysia khususnya untuk kuota-kuota yang telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini.

“Langkah ini akan mengurangkan masa menunggu oleh majikan-majikan yang kian tidak sabar dengan masa diambil oleh negara-negara sumber untuk membawa masuk pekerja migran dari negara mereka.

“Kelulusan daripada Kementerian Sumber Manusia (KSM) dipercayai melebihi 400,000 ribu kuota tetapi yang tiba di Malaysia dianggarkan hanya 40 peratus daripada jumlah tersebut sejak mula kelulusan kuota diberikan pada Jun tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Sukumaran, Papsma juga menerima konsep peralihan proses kelulusan dari KSM ke Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi-agensi kawal selia bagi kelulusan kini permohonan pekerja asing dari pelbagai sektor yang dibenarkan kerajaan.

Dalam pada itu, Sukumaran turut memohon agar agensi pekerjaan berlesen diberi peluang dan mandat untuk memainkan peranan agar segala kesulitan dalam proses permohonan dan kemasukan pekerja asing dapat diselenggara dengan mudah sekaligus mengurangkan kos pengrekrutan pekerja asing ke Malaysia dengan drastik mengikut kehendak perlembagaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

“Papsma memohon agar kesemua 1,200 agensi pekerjaan berlesen diberi kebenaran untuk membantu majikan tempatan dalam proses kalibrasi semula pekerja asing di Malaysia dalam tempoh masa yang singkat.

“Ini akan memberi peluang kepada majikan untuk memulihkan ekonomi dan pendapatan perniagaan mereka dengan pantas dan mudah selain mengelakkan penutupan susulan tidak dapat bertahan akibat kerugian kerana kekurangan tenaga kerja yang begitu lama,” jelas beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online semalam melaporkan kerajaan bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing yang bakal membolehkan majikan menggaji pekerja dari 15 negara sumber tanpa melalui prasyarat kelayakan penggajian serta kelayakan kuota.

Kerajaan juga setuju untuk melanjutkan pelaksanaan Pelan Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) 2.0 khusus untuk Program Rekalibrasi Tenaga Kerja sehingga Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI