fbpx

Grenad hidup dalam badan askar Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Verba terpaksa melakukan pembedahan kerana mengetahui bom tangan itu boleh meletup pada bila-bila masa. - Kakitangan Am Angkatan Tentera

KIEV – Seorang askar selamat menjalani pembedahan selepas sebutir bom tangan menusuk ke dalam badannya semasa pertempuran sengit di Bakhmut, Ukraine, lapor akhbar New York Post semalam.

Pakar Bedah Ukraine, Mejar Jeneral Andrii Verba mengetuai pembedahan tersebut kerana mengetahui bahawa bom itu boleh meletup pada bila-bila masa.

“Doktor tentera kami melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bom tangan VOG yang tidak meletup daripada badan seorang anggota tentera,” kata Gabenor Bakhmut, Serhii Borzov dalam satu hantaran di Facebook Isnin lalu.

Bom VOG dilancarkan daripada pelancar grenad yang dipasang pada sepucuk raifal. Pembedahan itu dilakukan hanya bersama dua askar lain disebabkan ancaman letupan.

Pakar bedah tidak dapat menjalankan prosedur elektrokoagulasi iaitu pembedahan menggunakan haba untuk mengawal pendarahan dan memusnahkan tisu abnormal kerana ia berkemungkinan mengaktifkan bom tersebut.

Bagaimanapun, Dr. Verba berjaya melakukan pembedahan dan mengeluarkan bom tangan itu, kata Borzov.

“Pembedahan itu berjaya dan askar yang cedera dihantar untuk pemulihan dan rehabilitasi selanjutnya,” tambah beliau.

Dr. Verba adalah salah seorang pakar bedah paling berpengalaman di Ukraine yang berpangkalan di rantau  Donbas sejak 2014, lapor portal berita Daily Mail.

Beliau telah diberikan anugerah negara  sebagai Doktor Kehormat Ukraine dan Doktor Sains Perubatan selain telah mengetuai beribu-ribu operasi di lapangan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI