fbpx

Suami isteri ditahan bantu siasatan tuntutan palsu kutipan zakat RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua suspek (kiri dan dua dari kanan) ditahan reman bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu berkaitan kutipan zakat di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang bekas ahli majlis sebuah agensi kerajaan negeri Terengganu ditahan reman bagi membantu siasatan salah guna kuasa dan membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Isteri lelaki tersebut turut ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman terhadap pasangan suami tersebut dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mereka yang masing-masing berusia 63 dan 40 tahun ditahan reman selama lima hari sehingga Ahad ini.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, lelaki tersebut disyaki menyalahguna kuasa melantik syarikat milik isterinya sebagai amil zakat.

Beliau berkata, tindakan berkenaan dipercayai bagi membolehkan kedua-dua suspek menerima komisyen penerimaan zakat sehingga RM600,000.

“Suspek kedua pula disyaki membuat tuntutan wakalah palsu antara tahun 2020 dan 2021,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI