fbpx

MQA, UK ENIC perkukuh kerjasama dua hala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan UK ENIK dan MQA menunjukkan MoU yang sudah ditandatangani.

CYBERJAYA – Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) memperkukuh jaringan antarabangsanya dalam bidang jaminan kualiti dan akreditasi menerusi kerjasama dengan ECCTIS Ltd (ECCTIS), UK National Information Centre (UK ENIC).

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran berkata, kerjasama itu bagi memperkasa dan menjamin kualiti pendidikan tinggi di Malaysia dan United Kingdom (UK).

Beliau berkata, kerjasama itu juga akan menyaksikan kedua-dua pihak menjadi pemudah cara program mobiliti membabitkan institusi pendidikan tinggi (IPT), mempromosikan sumber maklumat negara, bekerjasama dalam aktiviti dan perkhidmatan, pertukaran maklumat dan pakar.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju bekerjasama dalam Pendidikan Transnasional (TNE), termasuk kedua-dua kelayakan TNE UK-Malaysia dan TNE antarabangsa, bekerjasama dalam Pendidikan dan Latihan Vokasional (VET),” katanya pada majlis menandatangani MoU yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

Pada majlis itu, MQA diwakili Mohammad Shatar, manakala ECCTIS diwakili Pengarah Eksekutif dan Ketua UK ENIC, Paul Norris.

Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, kerjasama tersebut selari dengan agenda utama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mengantarabangsakan
sistem pendidikan tinggi negara.

Katanya, pengajian sepanjang hayat (PSH) dan pendidikan fleksibel ialah antara inisiatif yang memberi nilai tambah untuk ditonjolkan oleh Malaysia di persada global.

Sementara itu, Norris berkata, kerjasama dalam kalangan badan akreditasi di seluruh dunia amat penting terutama selepas dunia dilanda Covid-19 yang menyaksikan pelbagai mod pengajian diperkenalkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI