fbpx

Penduduk Pakistan bergaduh berebut tepung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk merampas guni tepung daripada satu sama lain sambil terlibat dalam pergaduhan yang bertukar menjadi ganas. – Twitter

ISLAMABAD – Rakaman video yang tular memaparkan penduduk beberapa wilayah bergaduh kerana berebut guni berisi tepung ketika krisis ekonomi Pakistan menjadi semakin buruk sehingga rakyat sukar mendapatkan bekalan makanan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Rakaman itu menunjukkan penduduk Khyber Pakhtunkhwa, Sindh dan Balochistan bergaduh untuk mendapatkan bekalan makanan ruji itu ketika tiga wilayah berkenaan berdepan kekurangan makanan yang serius sejak banjir besar melanda sebahagian besar Pakistan tahun lepas.

Individu-individu dalam klip video itu dilihat berebut guni berisi tepung, manakala pergaduhan bertukar menjadi ganas.

Dalam klip video lain pula, penduduk dilihat mengejar lori membawa bekalan tepung yang menerima subsidi kerajaan.

Beberapa laporan media menyebut bahawa beribu-ribu orang terpaksa menunggu selama berjam-jam setiap hari untuk menerima tepung bersubsidi.

Harga tepung gandum di Karachi mencecah paras tertinggi di tengah-tengah krisis ekonomi dan dijual pada harga AS$0.70 (RM3.06) bagi satu kilogram (kg).

Pada masa yang sama, harga satu kilogram tepung boleh mencecah antara AS$6.56 (RM28.70) hingga AS$7 (RM30.6) di Islamabad dan Peshawar.

Penduduk juga terpaksa menyimpan gas petroleum cecair (LPG) atau gas memasak di dalam belon plastik dan karung ketika kerajaan gagal menangani kekurangan bekalan.

Dalam beberapa video yang tular di platform media sosial, penduduk wilayah Khyber Pakhtunkhwa dilihat menyimpan gas memasak di dalam beg plastik kerana kekurangan bekalan

Rizab tukaran wang asing negara itu turut merosot ke paras terendah sejak April 2014 pada bulan lalu apabila susut sebanyak AS$294 juta (RM1.28 bilion) kepada AS$5.8 bilion (RM25.3 bilion) yang sebahagian besarnya disebabkan pembayaran balik hutang luar negara. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI